Monday, March 29, 2010

Ketahui jenis kereta proton...

Read More..
Saga – Base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.


Iswara – base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK.
*
Wira – Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira -
Mitsubishi Lancer. Orang akan kata hah kongsi je sabab tak tahu buat kerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu… orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton. Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.
*
Perdana – Untuk membuat satu satu design bukan nya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.
*
Tiara – Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.
*
Waja – Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar..mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang mebuka mata kita… kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.
*
Gen2 – 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.
*
Savvy – 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvay adalah baru 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel. High Tensile High Strength Steel. Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well… kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu… Intact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design kereta ni..yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta dedesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.
*
Lain lain – Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat diproton. Kalau Proton tak elok… masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

Sunday, March 21, 2010

Saat-saat Kematian

Read More..
Baru2 ini kita dikejutkan dengan beberapa kematian. Bermula dengan kematian syeikh Azhar syeikh Tantawi di airport arab saudi, kemudian dengan kematian pelajar perubatan tanta Ahmad sarhan bin Ahmad khan Semoga ini menjadi titik keinsafan kepada kita semua.



KEMATIAN SEORANG PEMAKSIAT

Seorang lelaki telah terlibat dengan eksiden. Datang seorang lelaki yang lain , mendapatinya dia dalam keadaan nazak. Lalu diajar mengucap dua kalimah syahadah tetapi jawapannya:

“AKU DALAM SAQAR, AKU DALAM SAQAR…” DAN TERUS MATI

Lalu lelaki tadi bertanya kepada ahli keluarga si mati tentang si mati. Mereka menjawab “ Dia tidak sembahyang.”

Benarlah Firman Allah swt:


مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ


"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?" Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat.” (42 – 43 : al-Muddathir)

Ulasan: Oleh itu kepada pemaksiat2 tegar bertaubat. Walaupun kecik dosa tadi cthnya chating tak syarie, sembang laki pempuan tak syarie tapi boleh membawa kpd dosa besar. Ulama kata:
لا صغيرة مع الإصرار Bukannya dosa kecik lagi kalau dah buat sokmo2 (selalu)
Ada dua orang yang nazak masih menyanyi walau diajar mengucap di Arab saudiNak ke kita mati tengah bergayut laki pempuan.

KEMATIAN SYEIKH KANDAHKLAWI

Pada malam kematian seorang ulama hadis Muhaddis Muhammad Ilyas al-Kandahlawi bertanya kepada para hadirin “Adakah hari ini hari khamis?” Mereka menjawab “Ya” Beliau bertanya lagi “ Cuba kamu lihat pakaianku adakah ia bernajis?” Mereka menjawab “ Ianya bersih.” Lalu beliau pun turun dari katil, berwuduk dan solat isya berjemaah dalam bilik. Beliau berwasiat kepada hadirin supaya memperbanyakkan doa dan menjampinya. Beliau berkata:


ليكونن اليوم عندي أناس يميزون بين فعل الشيطان وفعل ملائكة الرحمن


“Hendaklah pada hari ini orang-orang yang berada di sisiku orang-orang yang dapat membezakan diantara perbuatan syaitan dan perbuatan malaikat.”

Pada tengah malam dia dalam keadaan tidur-tidur ayam dan sentiasa mengucapkan lafaz Allahu Akbar.

Ketika waktu sahur, beliau meminta anaknya Muhammad Yusuf datang. Beliau berkata kepada anaknya:

“Marilah duduk bersamaku hai yusuf, aku tidak dapat hidup selepas malam ini dan aku akan pergi beringkat.”

Akhirnya beliau meninggal dunia sebelum azan subuh pada malam tersebut. Ia adalah pada 21 Rejab 1363 hijarah.

AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h)seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangan sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu benda yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang sakit yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:


لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل


“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan: Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut pikirang sendiri.

AKU BERSEDIA SEJAK 50 TAHUN

Diceritakan bahawa Malaikat Maut datang kepada seorang lelaki soleh untuk mencabut nyawanya. Lalu lelaki itu berkata:


مرحبا أنا والله منذ خمسين سنة أتأهب لك


"Selamat datang , demi Allah aku menanti bersedia untuk menemui mu sejak 50 tahun lepas.”

PESANAN TERAKHIR SAIDINA ALI

Suatu hari Hasan cucu Nabi saw bertemu dengan ayahnya saidina Ali ra yang sedang sakit nazak. Ini menyebabkan Hasan mengeluh. Ayahnya pun berkata “ Adakah engkau mengeluh?” Lalu Hasan menjawab “Wahai Amirul Mukminin bagaimana aku tidak mengeluh sedangkan ini adalah hari terakhir mu di dunia dan hari terawal mu di akhirat.” Saidina Ali ra pun berpesan:


ألا أعلمك أربع كلمات إن حفظتهن ففيهن غناء الدهر وإن ضيعتهن ففيهن فقر الأبد؟ يا بني لا غناء مثل العقل ولا فقر أشد من الجهل ولا وحشة أشد من العجب ولا أنس مثل حسن الخلق


“ Adakah engkau hendak aku ajarkan empat ayat yang mana jika engkau menjaganya pasti engkau akan kaya selamanya dan sekiranya engkau sesiakannya pasti engkau akan faqir selamanya? Wahai anak ku tidak ada perkara yang lebih mengayakan dari akal fikiran dan tidak ada yang memfakirkan lebih dari kejahilan. Tidak ada yang lebih menggelisahkan dari sifat perasan(rasa hebat) dan tidak ada yang menyeronokkan lebih dari akhlak yang baik.”

SYEIKH AHMAD YASIN : KAMI MENUJU KE ARAH SYAHADAH (MATI DI JALAN ALLAH)

Anaknya Muhammad telah menceritakan bahawa tiga jam sebelum serangan ke atas beliau, beliau telah memaklumkan kepadanya terdapat pesawat peninjau kepunyaan Israel di udara. Namun bapanya membalas:


نحن نسعى إلى الشهادة وإنا لله وإنا إليه راجعون


“Kami menuju kepada syahadah , kami berasal dari Allah dan akan kembali pada Allah.”

Beliau adalah pengasas kepada gerakan HAMAS di palestin. Ketika beliau hendak menunaikan solat subuh berjemaah di masjid (beliau yang buta dan lumpuh) , pihak tentera Israel telah membunuhnya melalui serangan udara. Ini berlaku pada bulan safar tahun 1425 hijrah.

Ulasan: syeikh yang sudah tua, buta dan lumpuh namu bersemangat untuk solat subuh berjemaah di masjid. Namun mahasiswa2 islam hanya sedikit sahaja yg mampu ke masjid dan memenuhi saf hadapan. sebab apa? sebab pemuda2 sekarang sudah tua imannya, buta hatinya dan lumpuh amalannya. Yang lebih menyedihkan orang yang tak mampu berada di saf hadapan pada waktu subuh ni adalah orang yang bercakap dan berkerja utk Islam. Apa tujuan mereka sebenarnya?

KESIMPULAN

Marilah bersama merenung bagaimana saat akhir kematian kita. Inilah persediaan yang perlu kita buat. Segala apa yang kita rancang di dunia adalah perkara yang tak pasti tidak kira urusan study, kerjaya, perkahwinan, sukan dan lain-lain. Yang pasti kita akan mati. Oleh itu marilah kita sama-sama menginsafi diri dan kembali pada tuhan. Masanya belum terlambat selagi nyawa belum sampai ke leher. Janganlah bertangguh kerana kita tidak tahu bila saat kita dicabut nyawa.

Rujukan: Lahzat qablal maut oleh Muhammad Khair Ramadan.
dipetik dari IDHAMLIM.BLOGSPOT.COM