Wednesday, October 19, 2011

Wahai Kaum Hawa, Janganlah Meniru Gaya ini..

Read More..
ha… ni fesyen bertdung zaman skrg yg korg (org2 tertentu) bangga2kan…!!!

Hadis nabi :”barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka”.. riwayat Abu Daud.



RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KPD MEREKA…
wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkn bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati kristian Laknatullah… Jauhilah dari memakai sebegini…agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian…agenda kafir

Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. Adakah ini suatu kebetulan..? sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat utk menjahanamkan umat Islam..Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya…sebar2kan lah.. selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Lindungi kami..



Sekadar ingat-mengingati.Tepuk dada, tanyalah iman...

Petikan dari siasah kini.
Renung-renungkan..
selamat beramal

Wednesday, August 24, 2011

Jaga-jaga kawasan yang ada speed trap sepanjang hari raya..

Read More..
KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

Jaga-jaga

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

Thursday, December 30, 2010

Bicara aurat lelaki ketika bersukan???

Read More..
Baca dan renung-renungkan...

1. Alasan pihak yg mengatakannya 'AURAT

Menurut apa yg disebut dlm Feqh Sunnah (Syed Sabiq), adalah bersandarkan kepada 2 hadith berikut :

1. Daripada Muhammad bin Jahsy katanya :

RasululLah SAW melewati Ma'mar yg kedua pahanya sedang terbuka, maka sabdanya : Hai Ma'mar, tutuplah kedua pahamu kerana paha itu 'aurat !

(Hadith diriwayatkan oleh Hakim, Ahmad dan juga Imam Bukhari dlm kitab Tarikhnya. Manakala dalam kitab Sahihnya (Sahih Bukhari), hadith di atas disebut sbg mu'allaq*)

2. Daripada Jarhad, katanya :

RasuluLlah SAW melewati sedang pada ketika itu aku sedang memakai kain dan paha aku terbuka, maka sabdanya : Tutuplah pahamu, kerana paha itu 'aurat!

(Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Malik, Ahmad, Abu Dawud dan Tirmidzi menyebutnya sbg Hasan. Sementara Imam Bukhari menyebut hadith di atas dalam Sahihnya juga sbg mu'allaq*)

=================

#2. Alasan pihak yg mengatakannya BUKAN 'AURAT

1. Daripada A'isyah r.anha :

Bahawa RasuluLlah SAW suatu ketika sedang duduk-duduk dengan pahanya yg terbuka. Maka Abu Bakar minta izin utk masuk, yg kemudiannya dipersilakan oleh Nabi SAW, sedang Baginda SAW tetap dalam keadaan seperti itu. Kemudian Umar pula meminta izin utk masuk yg juga diizinkan oleh Nabi SAW, juga dalam keadaan spt tadi. Lalu datang pula Uthman meminta izin utk masuk, maka Baginda SAW pun melepaskan kainnya ke bawah. Dan setelah mereka bangkit pergi, aku tanyakan kepada Baginda SAW : Ya RasuluLlah, ketika Abu Bakar dan Umar minta izin utk masuk, Anda benarkan sambil pakaianmu tetap spt asal. Tapi ketika Uthman minta izin utk masuk, kenapa Anda lepaskan kain ?

Jawab Baginda SAW : Hai A'isyah, tidakkah aku akan merasa malu terhadap orang - yang demi ALLAH - sedangkan Malaikat sungguh merasa malu kepadanya ?

(Hadith riwayat Ahmad, dan juga diriwayatkan sbg mu'allaq* oleh Bukhari)

2. Dari Anas bin Malik ra :

Bahawa Nabi SAW sewaktu Perang Khaibar menyinsingkan kain dari pahanya, hingga kelihatan olehku paha yg putih itu.

(Hadith riwayat Ahmad dan Bukhari)

>> Ibnu Hazm berkata : Terangkanlah bahawa paha itu bukanlah 'aurat. Seandainya 'aurat, tentulah tidak akan dibiarkan terbuka oleh ALlah 'Azza wa Jalla paha RasuluLlah SAW yg dijamin suci dan terpelihara dari dosa, pada masa kenabian dan kerasulan, dan tentulah tidak akan sampai diperlihatkan-Nya kepada Anas bin Malik ra dan lain-lain, padahal ALlah Ta'ala telah memelihara 'auratnya selagi masih kecil dan sebelum kenabian lagi.

3. Dan dari Muslim dari Abu 'Aliyah al Bara' katanya :

AbduLlah bin Somit telah memukul pahaku dengan telapak tangannya seraya berkata : Aku pernah bertanya kpd Abu Dzar, lalu dipukulnya pahaku sebagaimana aku memukul pahamu sekarang ini, sambil katanya (Abu Dzar ra) pula : Aku pernah bertanya kpd RasuluLlah SAW sebagaimana kau bertanya padaku, maka dipukulnya aku sebagaimana aku memukul pahamu sambil bersabda : Lakukanlah solat pada waktunya ! ... (Demikian sampai akhir hadith)

>> Ibnu Hazm berkata : Seandainya paha itu 'aurat, tentulah tidak akan disentuh oleh RasuluLlah SAW paha Abu Dzar itu dgn tangan Baginda SAW yg suci.

4. Kemudian disebutkan juga oleh Ibnu Hazm sebuah riwayat dengan isnad kepada Jubair bin Huwairith, bahawa dia pernah melihat paha Abu Bakar yg ketika itu sedang terbuka dan juga Anas bin Malik ra yg datang mendapatkan Qus bin Syumas dengan kedua pahanya terbuka.

=================

Demikian pendapat serta alasan yg digunakan oleh kedua2 pihak.

Imam Bukhari berkata : Hadith Anas bin Malik (paha bukan 'aurat) lebih KUAT dari segi sanadnya, manakala hadith Jarhad (paha 'aurat) lebih berhati-hati.

Maksudnya, hadith Anas itu adalah lebih SAH jika ditinjau dari segi isnadnya.

=================

Kesimpulan :

2 pendapat di atas adalah mempunyai sandaran nas dan dalil masing2. Maka terpulang kepada kita utk menerima mana2 pendapat yg difikirkan lebih sesuai, dan dalam pada masa yg sama, tidak menolak pendapat yg satu lagi.

Sesiapa yg bersikap ihtiyaat (berhati-hati) boleh shj memilih pendapat yg mengatakan paha itu 'aurat.
AURAT LELAKI SAHAJA...Fikir2 kanlah..sekadar ingin berkongsi yang dipetik dari sebuah laman blog...

Monday, September 20, 2010

7 Tips Untuk Menghadapi Isteri Yang Suka Berleter....

Read More..
1.Pendekatan diplomatik
Andai isteri sedang berleter, anda guna pendekatan diplomatik untuk tidak menghangatkan lagi emosi si dia.

2. Beri penjelasan
Berdiam diri bukanlah penyelesaian terbaik bagi mengurangkan leteran isteri. Sebaliknya adalah lebih baik anda berterus terang dan memberikan penjelasan yang boleh menyenangkan hati isteri.

3. Jangan main api
Apabila isteri sudah berleter, anda pula janganlah membakar perasaannya untuk berkeras dan bergaduh. Gunakan pendekatan terbaik memperbaiki komunikasi dan menjaga hatinya.

4. Renung diri
Memang lelaki kuat egonya. Namun, tidak salah mengurangkan rasa ego dengan menilai kembali sikap diri sendiri. Anda mungkin bersikap pemalas dan tidak mengambil berat hingga menjadi punca isteri berleter.

5. Bantu isteri
Tidak jatuh standard dan maruah anda sebagai lelaki jika saling membantu isteri menguruskan rumah tangga. Jika Isnin hingga Jumaat isteri yang memasak, apa kata hujung minggu anda pula ke dapur?

6. Duduk berbincang
Kurang komunikasi antara sebab mengapa masalah berleter menjadi semakin genting. Rasanya, mungkin ada baiknya jika suami isteri duduk berbincang antara empat mata bagi menyelidik masalah sebenar yang dihadapi.

7. Hangatkan kembali hubungan
Suami menyedari ‘sindrom’ berleter hampir tidak berlaku ketika awal percintaan, namun tahukah lelaki mengapa wanita membebel? Jawapannya ialah suami sudah kurang memberi perhatian dan terhakis sifat gentlemen.

NOTE: Ada juga isteri yang memang hobinya berleter.tanpa leteran hidup bagaikan di planet pluto..

Tuesday, July 20, 2010

Menangani Marah..

Read More..

Marah apabila tidak dibendung maka akan membawa perkara yg diluar batasan.Jadi Islam mengajar utk menahan marah seperti berikut:
Pertama

Melatih diri untuk bersifat baik dan positif spt lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dlm menghadapi apa2 situasi.)

Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dlm hal ini spt kisah yg berikut :

Suatu hari seorg lelaki yg bernama Zaid bin Sa’nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid dtg dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dgn senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar

“aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dgn baik dan menyuruh lelaki tadi(zaid) meminta dgn cara yang baik”

Nabi meminta shbt untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sbg tanda memujuk Zaid atas sikap Umar.Dgn sikap dan akhlak yg ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam

(hadith riwayat ibnu hibban al-hakim dan at-thabrani)

Kedua

Hendaklah seseorang itu menguatkn jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian igt tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan org yg menahan marah dan memaafkn kesalahan org lain. Firman Allah swt

“Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan” (Al-imran:134)

Nabi SAW bersabda bermaksud :

“sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari”
(hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)

“tidak ada seseorang hamba menahan marah kerna Allah ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan”
(hadith riwayat Abu Daud)

Ketiga

Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yg direjam.
Firman Allah Ta’ala :

”dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui” (Al-A’raf:200)

2 org lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dgn keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan.
Nabi SAW bersabda maksudnya :

”sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh org yg marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dgn Allah Ta’ala daripada syaitan yg direjam”
(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Keempat

Orang yg marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yg marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :

”apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

Kelima

Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yg telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan tika perasaan marah telah reda

Nabi SAW bersabda maksudnya :

”apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam"Nabi saw mengucapkannya 3 kali”
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

Keenam

Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yg dicipta daripada api. maka yg demikian, yg dpt memadamkn api adalah air yg dpt diperoleh daripada berwudhuk demikian dgn izin Allah dpt meredakan kemarahan

Nabi SAW bersabda maksudnya :

“sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam”
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)

Wednesday, July 14, 2010

Keberkatan Surah Al-Ikhlas

Read More..
K
etika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S..A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Pahala membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Nota

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW : 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wednesday, April 21, 2010

Petua nak kekalkan berat badan ideal dan sihat..InsyaAllah

Read More..
Berat badan memang isu sensitif terutamanya kaum lelaki.Kita semua tahu bila berat badan bertambah maka banyaklah masalah yang akan timbul terutamanya kesihatan.Duit banyak pun tak guna kalau badan tak sihat..Bukan?


Pertama sekali kita perlulah ikut sunnah Nabi, tak susah.cuma yang susah,adalah bila nak MULA kan..
jgn makan time dah lapar sgt. stop sebelum kenyang. bangun subuh minum air masak. selawat.
banyakkan minum air kosong/suam. jgn nak bantai air manis/sejuk je.
kita zaman sekarang ni dah tak aktif, ade tu dok ofis je...manjang. balik umah dah penat, pasal jem. terus makan n tido. cuba curi masa utk senaman. at least jog 15 minit non-stop, 3 kali seminggu. cukup la.
jgn suka makan benda2 manis / kurang kan laa.
jgn tinggal solat / baca Quran / zikir / Doa'... tu semua boleh "kuruskan" dosa dan maksiat yg kita lakukan..
bersangka baik...kerana dgn bersangka baik itu,akan membuka 70 pintu kebaikan..

Info tranungkite..