Saturday, April 18, 2009

Cantik :Bahana bedah plastik

Ramai wanita Kemboja yang mahukan wajah artis idaman, kini menderita

MEMILIKI paras rupa yang cantik dan jelita menjadi idaman setiap wanita sehingga mereka sanggup melakukan apa saja, termasuk mengenepikan rasa takut atau sakit semata-mata untuk memiliki wajah menawan.

Tidak hairan jika ada yang memilih pembedahan plastik biarpun ia membabitkan kos tinggi, asalkan ia dapat memuaskan hati mereka. Mengubah penampilan wajah untuk kelihatan semakin cantik turut menjadi kegilaan wanita di Kemboja yang berlumba-lumba menjalani rawatan terutama bagi mengubah bentuk asal hidung mereka.

Bagi mereka kesakitan dan kos rawatan bukan penghalang asalkan dapat memiliki raut wajah yang diidamkan seperti kebanyakan bintang filem China dan Korea.

Pembedahan mengubah wajah semakin popular, termasuk di kalangan wanita golongan kelas pertengahan di Kemboja berikutan negara itu tidak terlalu ketat dalam penguatkuasaan undang-undang sehingga muncul ramai yang mendakwa mereka adalah pakar walaupun hanya menjalani sedikit latihan.

“Sesetengah mereka yang mengaku pakar bedah itu mengikuti kursus bedah plastik di negara jiran hanya selama beberapa bulan saja. Apabila pulang mereka cuba untuk menunjukkan kemahiran,” kata Sann Sary, ketua jabatan hospital Kementerian Kesihatan negara itu yang dipetik media tempatan, baru-baru ini.

Di Kemboja, pakar bedah kosmetik perlu berdaftar dengan kementerian dan memerlukan kelayakan sepatutnya tetapi kebanyakan mereka menjalankan perniagaan terbabit secara bebas dan haram.

“Sesetengah (klinik haram) turut meluaskan pengaruh mereka dengan mengiklankan klinik mereka di televisyen,” kata Sann Sary.

Seorang wanita yang dikenali dengan Veasna, 40, mengakui beliau kesal selepas melakukan pembedahan menegang wajah di sebuah klinik murah. Kesannya dapat dilihat dengan ketara pada wajah wanita itu. Mukanya kelihatan bengkak dan merah terutama di bahagian mata.

“Saya dalam keadaan kesakitan yang amat sangat,” katanya yang jelas kesal dan kini terpaksa menunggu masa melakukan pembedahan baru bagi memperbetulkan wajahnya.

“Tetapi saya mahu kelihatan muda dan cantik. Jika tidak suami saya akan mencari wanita lain.”

Chhim Vattey, Pengarah Samangkar Luxe Salon di Phnom Penh yang menggunakan khidmat seorang doktor terlatih dari Jepun mengakui semakin ramai rakyat Kemboja yang mengunjungi pakar bedah yang tidak berlesen.

“Lihat di sepanjang jalan dan anda boleh dapati banyak klinik yang tumbuh seperti cendawan tetapi tidak mempunyai kelayakan dan kemahiran sebenar.

“Saya mempunyai ramai pesakit yang menjadi mangsa pembedahan kosmetik palsu ini,” kata Chhim Vattey.

Reid Sheftall, seorang pakar bedah plastik Amerika Syarikat di Phnom Penh, berkata beliau sering kali berhadapan dengan pesakit yang terpaksa mengubah semula buah dada atau hidung mereka kerana tidak berada di kedudukan yang betul atau tisu yang sudah rosak.

“Sesetengah pesakit mendapat suntikan silikon yang tidak tepat di bahagian hidung, muka, buah dada dan tangan mereka,” kata Sheftall.

“Ini amat bahaya kerana silikon berkenaan boleh merosakkan bahagian badan lain dan akan mengeraskan tisu.” katanya.

Berikutan insiden seumpama itu, kementerian kesihatan menasihati mereka yang terbabit dalam industri kosmetik membuka klinik secara sah dengan memiliki seorang pakar yang mempunyai kelayakan dan pengalaman.

“Ini kerana pembedahan plastik terlalu bahaya untuk dilakukan,” kata Sann Sary daripada Kementerian Kesihatan Kemboja.

Biarpun berhadapan dengan kemelut berkenaan, industri bedah plastik di Kemboja dilihat semakin meningkat, malah sehingga tiga kali ganda biarpun pada ketika krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia termasuk negara itu sendiri.

Pemilik sebuah klinik kecantikan di Phnom Penh, Davt Ariya, berkata pelanggan mereka selain golongan berada di Kemboja adalah pelancong asing terutama dari Amerika Syarikat, Perancis dan Australia yang ke negara itu semata-mata untuk menjalani pembedahan kosmetik.

“Kebanyakan mereka datang untuk mengubah hidung, menanam silikon, pembesaran buah dada dan membuang parut,” kata Ariya.

Pembedahan mengubah hidung biasanya mengambil masa kurang setengah jam di klinik Ariya dan membabitkan kos antara RM1,016 hingga RM2,178 bergantung kepada kualiti bahan yang digunakan.

Pembesaran buah dada membabitkan kos antara RM4,446 hingga RM6,172 berbanding kebanyakan negara yang meningkat sehingga hampir tiga kali ganda berbanding pendapatan tahunan rakyat Kemboja.

“Walaupun ia dilihat seperti tidak wajar jumlah pelanggan yang meningkat untuk mendapatkan pembedahan plastik menun

No comments:

Post a Comment