Saturday, July 4, 2009

Hukum janggut dan misai

Telah menjadi budaya masyarakat kini iaitu mencukur janggut dan memanjangkan misai, sedangkan tuntutan agama adalah sebaliknya. Sunnah Rasulullah S.A.W adalah dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai. Namun kerana pengaruh persekitaran dan trend masa kini ramai yang mengabaikan panduan ini.
Janganlah khuatir, berjanggut tidak akan menghalang untuk mencapai dan memperolehi kemajuan yang diimpi dan dicita-citakan. Sama ada kemajuan duniawi atau ukhrawi walaupun ada yang menggambarkan berjanggut simbol kekolotan, selekeh, tidak smart dan pelbagai lagi sangkaan negatif. Semua sangkaan seperti ini tidak benar kerana berfikiran sebegini dalam hal agama lebih buruk dari sangkaan jahiliyah.



Berjanggut adalah perintah Allah. Bukan gaya fesyen atau adat orang Arab, bukan kerana tidak ada pisau cukur, malas bercukur atau kerana sebab-sebab yang lain. Secara fitrah, semua orang-orang lelaki lazimnya berjanggut dan tidak pula berlaku kepada perempuan, oleh kerana itu hukum kewajipan berjanggut hanya diwajibkan kepada lelaki sahaja.

Terdapat banyak hadis-hadis sahih dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi saya-sallam yang menunjukkan wajibnya memelihara janggut dan jambang. Memerintahkan agar orang-orang lelaki beriman supaya memotong atau menipiskan misai mereka. Adapun pengharaman dari mencukur atau memotong janggut ialah sabda Rasulullah:
"Abdullah bin Umar berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi saya-sallam: Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu". (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-Baihaqi)

"Dari Abi Imamah: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi saya-sallam: Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab". (Hadis Riwayat Ahmad dan at-Thabrani. Hadis sahih)
"Dari ‘Aisyah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi saya-sallam: Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan memelihara janggut". (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, Turmizi, An-Nasaii dan Ibn Majah)
p/s: Jadi jangan la kamu memotong janggut kamu, kerana ia melambangakn kamu sebagai ISLAM.

No comments:

Post a Comment