Sunday, November 8, 2009
Hukum membinkan anak luar nikah dengan Sipelaku
Hukum asal anak luar nikah hendaklah dibinkan kepada ibunya. Ini berdasarkan kepada maksud sabda Rasulullah SAW:"Anak (luar nikah) itu adalah hak ibunya dan bagi bapa (penzina) adalah batu sahaja" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Walau bagaimanapun mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 28-29 Januari 1981 adalah seperti berikut: "Anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf)sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah ".
Penzina harus berkahwin dengan anak zinanya dengan syarat dia tidak mengahwini ibu kepada anak zina itu. Sekiranya penzina berkahwin dengan ibu anak zina tersebut dan melakukan persetubuhan maka haramlah penzina berkahwin dengan anak zinanya.
Apabila berlaku perkahwinan antara penzina dan ibu kepada anak zina, maka anak tersebut menjadi mahram (haram berkahwin) dan anak tiri kepada suami ibunya (penzina).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment