Tuesday, August 18, 2009

Petua mengurut bayi

Jangan mengurut ketika bayi lapar atau lampinnya basah. Jangan sesekali ketika dia demam atau mempunyai luka dan penyakit kulit yang tidak boleh disentuh.


Bayi tidak suka sentuhan yang terlampau lembut kerana mereka akan berasa seperti digeletek. Untuk mengurut dengan berkesan, tekankan sedikit jari anda ke bahagian yang diurut.
# Ingatlah mengurut bayi adalah untuk menggembirakan dan memberi keselesaan untuk anda dan bayi anda.
# Bayi anda akan terhibur apabila dia nampak ceria, mengangkat-angkat kepala memandang ke mata anda, bercakap-cakap, tersenyum dan ketawa.
# Berhentilah mengurut jika anda sudah penat atau bayi kelihatan bosan seperti menguap, menghisap mulut atau jarinya (kerana lapar), merengek, meronta-ronta, menangis dan memandang ke arah lain atau menarik tangan dan kakinya seperti hendak lari ke tempat lain.
# Cari tempat yang selesa, tidak terlampau panas atau sejuk.
# Tidak ada had masa. Anda boleh mengurut bayi anda selama mana yang dia suka.
# Cari masa yang sesuai - jangan mengurut selepas anak anda makan.
# Pandanglah matanya sewaktu mengurut.
# Berbualah dengan bayi anda ketika mengurut
# Anda boleh mengurut mengikut cita rasa dan keinginan anda sendiri seperti mengurut kakinya dahulu dan bawah ke atas.

No comments:

Post a Comment