Tuesday, August 11, 2009

Rahsia surah Al-Fatihah

R‘ahsia Fadhilat Surah Fatihah‘ ini. Serta amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.


1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :

* Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:

* Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
* Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:

* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
* Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:

* Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
* Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):

* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.

6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)

* Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
* Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:

1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
2. Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawadhu”
3. Tawakal sepenuhnya pada Allah
4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja

Mintak lah yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan
oleh Allah.

Wallahualam.

3 comments:

  1. suami idah selalu berpesan...
    suh amalkn al-fatehah setiap masa,,
    lebih2 lg slps solat..

    alhamdulillah...anak2 juga ikut serta..

    ReplyDelete
  2. Salam Ukhwah..
    Amalan yang Mulia kena selalu di amalkan...
    Al Fatihah elok untuk segala peristiwa dan memberikan ketenangan... Tafsirnya mengatakan berkenaan keagungan dan kasihnya yang maha Esa

    ReplyDelete