Monday, May 4, 2009

Hukum makan berkaitan haiwan laut?

Perbahasan Berkaitan Hukum Haiwan Laut Cukup Luas Dikalangan Para Ulama.


Ikan secara khususnya tiada perselisihan dikalangan para ulama tentang hukum halalnya.manakala,haiwan-haiwan laut yang lain berlaku perselisihan dikalangan para ulama.Disini,kita akan terangkan secara terperinci berdasarkan mazhab iaitu mazhab Abu Hanifah,Malik,Syafie dan Ahmad ibnu Hambal.

Pendapat Al-Imam Syafie dan Imam Ahmad Rahimahullahu ‘Anhum Ta’ala

Bagi pendapat kedua-dua imam ini,semua jenis haiwan laut halal dimakan kecuali katak.Ini kerana ,katak haram dimakan berdasarkan hadis yang jelas menunjukkan tentang larangan membunuhnya.Diantara para sahabat yangt berpendapat seperti in adalah Sayyidina Abu Bakar As-siddiq,Umar Al-Khattab dan Ibnu Abbas Radiallahu ‘Anhum Ajmain.

Pendapat Imam Malik Rahimahullahu Ta’ala
Bagi Imam Malik Radiallahu anhu Ta’ala,beliau mengharuskan semua jenis haiwan laut (menghalalkan)samada katak dan sebagainya.tetapi,beliau tidak memberikan sebarang komen berkaitan خنزير الماء (dolphin).Ini kerana secara umum ayat 96 didalam surah al-maidah:


Maksudnya :dihalakan bagimu binatang buruan laut dan makanan(yang berasal) daripada laut.

Ayat ini memberikan makna harus utk semua jenis haiwan dilaut.tetapi didalam ayat 3 surah al-maidah.Allah S.W.T melarang untuk kita memakan daging khinzir.Jadi,Imam Malik tidka memberikan sebarang komen kerana permasalahan yang berlaku di dalam kedua-dua ayat berkenaan(1).Pendapat meuktamad didalam mazhab Imam Malik ialah halal memakan ikan dolphin.

Kata Al-Imam Khurasyi didalam hasyiyahnya ;
“Semua jenis haiwan laut adalah harus walaupun telah mati.samada didalam keadaan tenggelam atau terapung.Maksudku bagi perkataan laut adalah termasuk manusia laut(ikan duyung),anjing laut dan khinzir laut.Ini adalah pendapat yang muktamad.Selain daripada yang disebutkan ini,maka tidak perlu untuk kita sebutkan disini kerana binatang yang menjadi titik perselisihan adalah binatang yang disebutkan.



Pendapat Imam Abu Hanifah Rahimahullahu Ta’ala

Al-Imam Abu Hanifah menyatakan : Semua makanan laut tidak dihalalkan kecuali ikan sahaja.Diharuskan untuk dimakan ikan yang mati dengan mempunyai sebab seperti disebabkan air pasang surut atau mati disebabkan terlalu panas atau sejuk.manakala haiwan yang tidak menyerupai ikan seperti ikan duyung ,kuda laut,khinzir laut,maka tidak halal dimakan disisi Imam Abu Hanifah bersalahan dengan Imam Malik yang mengharuskan kesemua jenis haiwan laut untuk dimakan dan sebahagian ulama hambali yang mengharuskan anjing laut untuk dimakan.

Imam Abu Hanifah juga mengharuskan untuk memakan ikan (sejenis ikan yang menyerupai ular)(1) dan ikan gergaji bersalahan dengan Imam Ahmad yang mengharamkan untuk memakan kedua-dua jenis haiwan tersebut.


Hukum berkenaan dengan ikan yang mati dalam keadaan timbul

Ikan yang mati dalam keadaan sebegini(mati di lautan tanpa sebab)harus untuk dimakan disisi ulama syafie dan maliki dengan syarat tidak rosak.

Kata Al-Imam Al-Nawawi Rahimahullahu Ta’ala “ikan yang mati dalam keadaan timbul (tidak mati bersebab atau mati secara mengejut) dihalalkan untuk dimakan .Bagi mazhab Syafie,dihalakan segala jenis bangkai haiwan laut samada mati bersebab atau tidak kecuali katak”

Kata Al-Imam khurasyi,salah seorang ulama maliki;

((Sesungguhnya,bangkai binatang laut adalah suci walaupun ianya telah berubah dan menjadi busuk kecuali jika benar-benar pasti terdapat mudharat bukannya sebab najis yang terdapat padanya.
Begitu juga binatang yang telah disembelih mengikut cara sembelihan yang dihalalkan syarak.Ianya tetap halal dimakan walaupun telah berubah dan menjadi busuk selagi dapat dipastikan bahawa tidak terdapat mudharat kepadanya.))

1 comment:

  1. pening laa,,,mne 1 nk ikut..?kuda laut ni blh mkn ke tdk..?klu bertujuan utk ubt..ap pulak hukum nye...?

    ReplyDelete