Saturday, May 2, 2009

Jangan tak caye...

Penemuan terbaru "bintang 3 generasi" (Globular Cluster NGC 2808)

oleh teleskop angkasa lepas Hubble telah berjaya merungkai satu lagi misteri cakerawala dan sekaligus menghapuskan teori bahawa bintang di dalam sesuatu sistem terbentuk pada tempoh waktu yang sama. Penemuan terkini ini juga telah menguatkan lagi bahawa cakerawala ini "hidup" dan sentiasa berkembang mengikut kadar yang belum diketahui manusia.

Pakar-pakar astronomi, dengan bantuan Advance Camera for Surveys (ACS) yang terdapat pada teleskop Hubble, telah berjaya mengukur warna dan kecerahan bintang-bintang di dalam cluster berkenaan. Analisa yang dilakukan mendapati, siri bintang 3 generasi ini lahir sekitar 200 juta tahun lampau, dan terletak di dalam satu sistem besar yang berusia sekitar 12.5 billion tahun

No comments:

Post a Comment