Rasulullah S.A.W biasa menghantar surat kepada para pembesar dan raja-raja untuk menyeru kepada Islam dan di dalam surat baginda terdapat ayat2 suci al-Quran, perkataan Bismillah dan Muhammad Rasulullah sudah tentu ada.
Para sarjana Barat termasuk bangsa yahudi telah lama membaca al-Quran dan mengkajinya, serta mengamalkan dalam kehidupan mereka seperti kaedah pemakanan, kesihatan, ilmu sains seperti geologi, astronomi, alam sekitar dan sebagainya.
Bukan itu saja bahkan terdapat para pelajar Islam sendiri yang berguru dengan mereka di universiti-universiti yang terletak di Barat.
Sepatutnya kita merasa gembira apabila Non Muslim mula menghayati kebenaran al-Quran dan Islam, dan berdoa supaya mereka diberi hidayah oleh Allah Taala, bukan menyekat mereka daripada berusaha mendekati islam dan kebenarannya.
Marilah kita membaca dan merenung petikan beberapa pendapat ulama-ulama silam yang bermazhab Syafii tentang hukum orang kafir membaca al-Quran supaya jelas kepada kita dan sedar betapa islam itu untuk seluruh umat manusia.
1.Syeikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini kitabnya Mughni al-Muhtaj menjelaskan:
اما الكا فر فلآ يمنع القرأة القرأن لآنه لا يعثقد حرمت دلك كما قال الموردي
"Adapun orang kafir, maka dia tidak ditegah daripada mmbaca al-Quran, kerana dia tidak beriktikad tentang haramnya perbuatan demikian, sebagaimana kata al-Mawardi" (Mughni al-Muhtaj, jilid 1 halaman 72)
2.Pengarang kitab I'ana al-Talibin telah memetik keterangan dari kitab Busyra al-Karim seperti berikut:
فلا يمنع الكافر منها ان لم يكن معاندا ورجب اسلآ مه
"maka tidak ditegah orang kafir daripada membaca al-Quran, jika dia tidak bersikap menentang dan diharap dia akan memeluk islam" (I'anah al-Talibin, jilid 1 halaman 85)
3. Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam kitabnya Sabil al-Muhtadin berkata:
"dan hanyasanya ditegah kafir daripada menyentuh mashaf kerana haram menyentuh dia itu terlebih muakkad dengan dalil haram menanggung(memegang) dia serta hadas dan haram menyentuh ia dengan najis bersalahan dengan membaca Quran kerana harus membaca dia serta hadas dan harus membaca dengan mulut yang kena najis" (Sabil al-Muhtadin, jilid 1, halaman 112)
4. Syeikh Daud al-Fatani dalam kitabnya Bughyah al-Tullab berkata:
"dan keluar dengan kata muslim orang kafir maka jangan ditegahkan dia daripada membaca Quran kerana tiada iktikad akan haramnya tetapi jika kita harap akan islamnya" (Bughyah al-Tullab, jilid 1, halaman 49
Saturday, May 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment