Sunday, October 25, 2009

Fadilat sedekah

Hadis daripada Abu Hurairah, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir. Kata seorang sahabat: "Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu daripada harta kami kepada orang kafir" Jawab Nabi: "bahawa mereka adalah makhluk Allah. Sebenarnya sedekah itu jatuh pada kudrat Tuhan yang Rahman!" Malaikat berseru: "Hai Tuhanku segeralah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala bagi orang yang enggan(bakhil) bersedekahkan hartanya." Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan Tuhan dan bersedekah berterang-terangan itu penghadang neraka. Ulama berkata: Sedekah itu 10 kepujian - lima di dunia dan lima di akhirat.



Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan harta mereka pada jalan Allah, adalah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai...pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan barang siapa yang disukaiNYA dan Allah Maha Luas kurniaNYA dan Maha Mengetahui.
(Al Baqaroh: 261)

HAKIKAT SEDEKAH :

Rasulullah saw bersabda: "Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamar (kurma)". - (Bukhari dan Muslim) Hayati Sedekah. . . Firman Allah swt: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar." - Surah At-Taubah-ayat 111.

Perjanjian Allah swt dari sedekah sipemberi: Keberkatan hidup seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Perniagaannya sentiasa dalam keuntungan dan dia akan terhindar daripada penyakit bahaya. Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang diperoleh. Keberkatan pada akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa penyesalan dan kesedihan. Matinya bukanlah sebagai seorang yang tidak mensyukuri nikmat Allah swt bahkan akan dirahmatiNya kerana keikhlasan itu. Rasulullah saw menegaskan dalam hadis yang bermaksud: "Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara: Sedekah Jariah yang sentiasa mengalir pahalanya. Ilmu yang dimanfa'atkan orang lain. Doa anak yang salih. _ (Riwayat Muslim)

Keberkatan ketika dibangkitkan pada hari kiamat kelak, orang yang suka bersedekah ini akan dipayung dan diteduhkan oleh sedekahnya ketika hayat didunia. Ini pasti dapat mengelakan daripada ditimpa kepanasan dialam akhirat. Sedekah juga akan meringankan seseorang itu ketika dihisab Allah dan akan memberatkan timbangan kebajikannya. Jangan anggap pemberian itu Hak Kita, sebenarnya didalam harta kita ada Hak Mereka

No comments:

Post a Comment