Sunday, October 11, 2009

Rahsia Surah Al-Kautsar

Bismillah..........hirohma...nir'roh himm.....
"Innaa'kthoina'kalkautsar, fashallilirabbikawanhar,
innashania'ka huwal abtar".
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat &
diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai
ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula
lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati
Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas
kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa
saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan
boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,
mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah
ini dan gosok dileher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,
bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x
pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah
ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita
dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan
bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi
lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya
sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia
tidak bersalah tetapi dizalimi.
Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan
kepada kekawan, terimakasih.
Wassalam

No comments:

Post a Comment