Berserban adalah Sunnah Nabi s.aw.
Pahala pakai serban : Tiada hadis yang sah berkenaan pahala atau fadhilat berserban.
Oleh itu tidak boleh seseorang berkata bahawa akan dapat pahala atau fadhilat sekian dan sekian kalau pakai serban. Cukuplah seseorang muslim itu berserban dengan niat ikut sunnah Nabi s.a.w. Mengenai kadar pahala berserban itu, serahkanlah kepada Allah.
Berserban adalah Sunnah Nabi s.aw., tetapi tiada satu suruhan yang tegas agar seseorang muslim itu berserban. Yang ada adalah mengenai perintah-perintah umum agar mengikuti sunnah Nabi s.a.w. (ittiba' usSunnah) dan agar kasih akan Nabi s.a.w. Oleh itu wahai muslimin berserbanlah kerana ikut sunnah Nabi s.a.w.
Apabila berserban jangan lupa pula berjanggut, kerana ada perintah yang tegas dari Nabi s.a.w. agar orang-orang yang beriman memelihara janggut dan menipiskan misai. Oleh itu wahai muslimin, peliharalah janggut dan tipiskanlah misai kerana taatkan Nabi s.a.w.
Hukum memelihara janggut dan menipiskan misai adalah tegas dan lebih kuat dari hukum memakai serban. Seseorang yang memakai serban tetapi mencukur janggutnya sudah tentu akan kelihatan ganjil dari perspektif Islam.
Sunday, October 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment